Seorang Ibu Membina Dapur Mainan Untuk Anaknya Dari Kotak Terbuang

Kasih ibu tiada batasnya, dan kerana perasaan kasih dan sayang itu membuatkan seorang ibu menjadi kuat, berani dan juga kreatif. Rodessa Villanueva-Reye dari Filipina telah menggunakan sepenuhnya imaginasi beliau untuk menghasilkan dapur mainan untuk anaknya hanya dengan menggunakan kotak yang terbuang. Lihat gambar-gambar dibawah untuk proses beliau melakukannya dari awal hingga akhir. Apa yang pasti, anaknya amat gembira dan menghargai usaha ibunya itu dan membuktikan yang kanak-kanak tidak memerlukan mainan yang mahal untuk bermain.

Mula-mula, Rodessa mengumpul dan menyusun kotak terbuang itu untuk membentuk seperti kabinet dapur dengan dibantu oleh suaminya

Kemudian beliau membuat pintu pada kotak tersebut sebagai pintu kabinet dan menandakan tempat untuk membina ketuhar dan sinki.

Pelekat berwarna digunakan untuk menghiaskan dapur tersebut

Kemudian beliau menyuruh anaknya mengumpul semua mainan masak-masak dan disusun di dapur tersebut.

Untuk menjadikannya dapur mini itu lebih menarik, beliau meletakkan papan tanda Audrey’s Café & Restaurant’ beserta dengan menunya sekali

Untuk sinki beliau menggunakan periuk lama dan botol pencuci tangan digunakan sebagai paip

Butang kawalan ketuhar dibuat dari penutup balang.

Dan hasilnya amat memuaskan seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di bawah.

Comments

Loading...