Idea Idea Untuk Menyimpan Barangan Kecil

Saya pasti kita semua banyak menyimpan barangan kecil yang kita gunakan setiap hari terutamanya perempuan. Lihatlah betapa banyak getah pengikat rambut, pin rambut, alat mekap dan pelbagai barang hiasan yang kecil yang dimiliki. Kadang-kadang mencari benda-benda kecil ini akan menjadi satu masalah yang besar terutamanya ketika waktu pagi.

Jadi di sini kami kumpulkan idea-idea untuk anda menyimpan barang-barang tersebut tanpa memerlukan ruang yang luas dan mudah untuk anda cari pada bila bila masa.

Barang kemas

543755-6-650-6e51763c4a-1474447876
© blogpisosbonitos

Gunakan cawan-cawan dan mangkuk lama untuk menyimpan barang kemas dengan tersusun.

542005-9-fsutgpo5a1f-esmzsypt5g-650-f6e9b1d31d-1474447876
© boligmagasinet

Penyangkut baju seperti ini juga boleh digunakan untuk menyangkut gelang, anting-anting dan sebagainya.

543405-120642594_3899041_49a3e9f6d032f0810d959b9b0ffe8e94_1_-650-f2b5ba7b53-1474447876
© ph.makeupandbeauty

Jika anda mempunyai peralatan menyulam, anda boleh menggunakannya untuk menggantung anting-anting. Atau jika anda tidak mempunyai peralatan ini, anda boleh juga meregangkan kain biasa di atas bingkai kayu dan gantungkannya di dinding.

542255-fullsize-650-752588018b-1474447876
© topinspired

Letakkan cangkuk di pintu almari untuk menggantung rantai leher dengan tersusun.

543705-zei34l58ccw-650-0859efb71b-1474447876
© minchanka

Dulang buah bertingkat atau acuan membuat muffin boleh digunakan untuk menyimpan cincin dan juga kerongsang.

Cermin mata

543955-68fc348520c8a822df9f857b9a8bc304-650-282b689fb9-1474447876
© thetrendygirl

Masukkan sehelai kertas ke dalam bingkai gambar dan tebuk dua lubang untuk menyimpan cermin mata anda.

543505-3-le-fashion-blog-a-fashionable-home-minimal-bright-walk-in-closet-scandinavian-minimal-interior-design-storage-via-stylizimo-650-f3c5deedfd-1474447876
© cutypaste

Batang penggantung yang biasa digunakan di dapur boleh digunakan untuk menggantung cermin mata dan juga tali pinggang.

Alat-alat solekan

543255-14-03-2011-019-650-31d330a52f-1474447876
© amoantix

Jika anda letakkan papan bermagnet di dalam bingkai dan pita pelekat di bawah balang, anda mempunyai tempat untuk menyimpan “eyeshadows” dan juga bedak pipi.

543455-288-650-5aceac9988-1474447876
© weheartit

Dulang buah bertingkat ini juga boleh digunakan untuk menyimpan alat-alat solek.

542405-a946630a66c1109371d75adb3a9aa863_500_0_0-650-f39d268357-1474447876
© imujer

Dengan hanya menggunakan bekas membuat air batu, anda boleh menyimpan “eyeshadows” dengan tersusun.

543205-150322021320741-650-db9c164497-1474447876
© ounousa

Dulang penyimpan kertas boleh digunakan untuk menyimpan gincu, pengilat kuku dan juga pelembab bibir.

Putik kapas, bebola kapas dan juga kepingan kapas

543805-3-650-46a14285cd-1474447876
© archzine.fr

Letakkan balang kecil di bilik air dan anda tidak perlu memikirkan lagi di mana hendak menyimpan kesemuanya ini.

542055-8f8853854236-650-8f83b9b88b-1474447876
© trendsforyou.wordpress

Pasu bunga kecil yang berwarna-warni ini juga boleh digunakan. Ia pasti nampak lebih menarik.

543855-329d3b12-650-be0e077bd3-1474447876
© wielkikufer

Atau anda juga boleh menyimpan putik kapas dan bebola kapas di dalam bekas tembikar berbentuk binatang seperti ini.

Pengering rambut dan pemintal rambut

542705-06-650-0113541833-1474447876
© funtime

Fail kertas seperti ini boleh digunakan untuk menyimpan pemintal dan pelurus rambut di satu tempat.

542555-large-650-1d4d799eaa-1474447876
© weheartit.

Anda boleh meletakkan sikat dan juga penyembur rambut di pintu dengan menggunakan poket-poket seperti ini.

543155-20151603180557_0-650-fecbd2e7f4-1474447876
© multicurioso

Atau cangkuk seperti ini juga boleh digunakan di pintu almari anda.

Pin rambut

543055-1a0312305a282becb3ab661248290f68-650-a6b96ef161-1474447876
© crafthubs

Cakera magnetik yang biasa digunakan untuk menyimpan paku dan skru boleh digunakan untuk menyimpan pin rambut.

542755-magnets-washi-tape-lgn-650-b8938bcead-1474447876
© pinterest

Pita bermagnet juga boleh digunakan untuk menyimpan ketip kuku, gunting kecil dan juga pin rambut.

542855-organizacao-feminina-823771-650-a4866aa4d8-1474447876
© velvet.by

Bekas tic-tac yang kosong ini sangat sesuai digunakan untuk menyimpan pin rambut.

Berus solek

542455-organizacao-feminina-824083-650-07930ba7a5-1474447876
© projetos.habitissimo

Bekas cermin mata ini boleh digunakan untuk menyimpan berus solekan. Ia amat mudah untuk di bawa ke mana-mana.

542505-organizacao-feminina-824031-650-643d99e944-1474447876
© anabuji.blogspot

Selain itu, cawan, gelas dan juga balang boleh digunakan.

542955-dh548jk-650-d560bfb8d3-1474447876
© m-class.

Lampin buluh seperti ini juga boleh digunakan untuk menyimpan berus solek anda.

Topi

543605-sistema-dlya-hraneneniya-kollekcii-shlyap-diyk-650-ad64206d0e-1474447876
© secondstreet

Batang paip, tali dan juga penyepit baju boleh digunakan untuk menyimpan topi anda dengan kreatif.

542605-kxsagffwqsu-650-88fbd964d7-1474447876
© simplyspaced

Atau anda juga boleh menggantungnya dengan cangkuk di atas bingkai pintu. Nampak lebih kemas, tersusun dan unik.

 

 

 

Comments

Loading...