7 Binaan Menakjubkan Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Dengar

Kita mungkin pernah dengar tentang binaan purba yang menakjubkan seperti Colosseum, Tembok Besar China dan juga Taj Mahal kerana binaan-binaan ini sudah lama tersenarai dalam antara keajaiban di dunia. Tetapi terdapat binaan-binaan lain yang tidak kurang hebatnya tetapi ramai yang tidak pernah dengar.

Di sini kami ingin senaraikan hasil kajian majalah Quora yang menyuruh pembacanya menyenaraikan mercu tanda seni bina yang kurang dikenali di dunia.

Masjid Besar Djenné, Mali

161105-p02hbs6n-1000-70bdbdca79-1474271515
© Francois Xavier Marit

Masjid Besar Djenné berusia lebih 100 tahun dan ia merupakan bangunan bata lumpur yang terbesar di dunia. Pada tahun 1988, ia telah dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO sebagai sebahagian daripada bandar lama Djenné. Pada masa ini, masjid ini ditutup untuk pelancong. Mungkin, langkah-langkah ini telah diambil kerana pada tahun 1996, satu sessi fotografi untuk majalah Vogue telah berlaku di sini.

160355-djenne4-1000-50f65e80b2-1474271515
© soloway
160705-11322012952565-1000-50f65e80b2-1474271515
© soloway

Chand Baori, India

161055-p02hbss2-1000-bbde9211a7-1474271515
© agrawalshubham

Chand Baori, bertempat di kampung India kecil Abhaneri, adalah salah satu tangga paling tertua dan terdalam di dunia. Struktur gergasi, yang menyerupai piramid terbalik turun ke bawah tanah sedalam 100 kaki. Terdapat tiga dinding yang mempunyai 3500 anak tangga sempit disusun dalam simetri sempurna dibina ke sisi, menuju ke sebuah tasik hijau kecil. Para saintis masih menentukan sama ada tangga dibina antara abad ke IX dan XI atau 600 tahun sebelum zaman kita.

160655-chand-baori-1-1000-4bbc76de15-1474271515
© aniryortonts
160755-ghhjjj-1000-601cf51909-1474271515
© explore.patternity

Istana Parlimen, Romania

160455-ghdhjhj-1000-4bbc76de15-1474271515
© aniryortonts

Salah satu mercu tanda Bucharest yang paling popular telah dibina apabila Romania masih lagi negara Republik Sosialis. Istana ini dianggap bangunan pentadbiran awam terbesar dan paling mahal di dunia. Binaan menakjubkan ini mempunyai 12 tingkat (dengan lapan tingkat tambahan bawah tanah), dan 3,100 bilik meliputi 330,000 meter persegi.

160305-dgfgh-1000-3684bef04e-1474271515
© abritandabroad
160805-img_0316-1000-3684bef04e-1474271515
© abritandabroad

Stari Most (Jambatan Lama), Bosnia-Herzegovina

160605-bosna_nostalgija_mostar-1000-fb80fe848b-1474271515
© thousandwonders

Jambatan pejalan kaki di atas Sungai Neretva di bandar Mostar adalah binaan semula jambatan purba yang telah dimusnahkan oleh tentera Croat Bosnia pada tahun 1993. Stari Most telah dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2005. Salah satu tarikan pelancong di sini adalah lompatan bungee setinggi 24 hingga 30 meter ke dalam sungai Neretva yang sejuk.

161205-main-qimg-0491dbc036f1ec73680f6cd0307851bb-1000-ce90173f70-1474271515
© quora
161305-87605032-1000-fb80fe848b-1474271515
© thousandwonders

Kumbhalgarh Fort, India

160855-p02hdkt2-1000-d64dbb2e5e-1474271515
© zonnews

Kumbhalgarh Fort dikelilingi oleh dinding yang unik, yang pada zaman purba dikenali sebagai ‘Penjaga Maut’ atau ‘Mata Mewar.’ Dinding sepanjang 36 km, dan di beberapa tempat tingginya adalah 8 meter. Ia mengambil masa satu abad penuh, dari XV ke XVI, untuk membinanya. Walaupun terlibat dalam banyak peperangan, Tembok Besar India tidak pernah rosak atau ditawan oleh musuh.

161155-kumbhalgarhgreatwallofindia10-1000-56e0fee03a-1474271515
© chispa1707.livejournal

Masjid Sheikh Lotfollah, Iran

160905-p02hdkxy-1000-bbde9211a7-1474271515
© agrawalshubham

Satu karya seni bina kejuruteraan Safavid Iran, masjid ini dibina antara 1602 dan 1619. Ia merupakan satu bangunan elegan, tetapi amat luar biasa kerana beberapa sebab. Ia tidak mempunyai menara atau halaman, mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa Masjid Sheikh Lotfollah tidak pernah dibuat untuk kegunaan awam, tetapi sebagai tempat ibadah bagi semua perempuan di istana Shah.

160955-sheikh_lotfallah_esfahan-1000-6330c4be75-1474271515
© architectureindiaandiran
161255-nasiral-mulkmosquefisheyeview-1000-10c0f0f840-1474271515
© iranama.blogsky

Derawar Fort, Pakistan

160555-derawar-fort-in-bahawalpur-pakistan-samis-photography-1000-4bbc76de15-1474271515
© aniryortonts

Monumen berbentuk persegi di Derawar ini telah dibina pada tahun 1733. Kubu ini terdiri daripada 40 benteng yang megah berdiri dari padang pasir Pakistan. Apabila digabungkan, dinding kubu ini membentuk lilitan 1500 m dan berdiri 30 m tinggi. Warga tempatan sendiri tidak menyedari kewujudannya, apatah lagi pelancong luar.

161405-544b77116737d-1000-95442ad5d8-1474271515
© pakistanhotline

 

 

Anda mungkin juga berminat Lagi daripada pengarang

Comments

Loading...