10 Penjara di Dunia Yang Akan Mengejutkan Anda

Apa yang kita tahu mengenai penjara melalui tontonan filem dan tv, dan juga bacaan ia merupakan satu tempat yang teruk untuk menempatkan pesalah-pesalah untuk  yang melanggar undang-undang. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah penjara yang amat selesa seperti sebuah hotel, di mana setiap bilik mempunyai katil dan kerusi yang selesa dan juga televisyen. Tetapi ada juga penjara yang lebih teruk dari apa yang kita pernah tahu sebelum ini. Di sini kami senaraikan 10 penjara dari seluruh dunia dari yang terbaik ke yang terburuk.

Penjara Halden

Penjara Halden yang terletak di Norway merupakan satu tempat yang aman dan tenang untuk menghabiskan masa anda. Banduan dilayan dengan baik, mereka dapat minum kopi panas dan setiap bilik mempunyai bilik air sendiri, televisyen dan juga peti sejuk mini.

Penjara Kresty

Penjara Krasty yang terletak di St. Petersburg, Rusia merupakan satu tempat yang gelap, menakutkan dan mempunyai jumlah banduan yang terlalu ramai. Setiap sel direka untuk menempatkan seorang banduan sahaja tetapi ia kadang-kadang menempatkan sehingga 20 banduan.

Penjara Kanto Grande

Penjara Kanto Grande atau lebih dikenali sebagai penjara “Shining Path” di Peru merupakan satu penjara yang unik kerana ia diuruskan oleh banduan di dalamnya. Terdapat pengawal keselamatan dahulu tetapi sejak kumpulan “Shining Path” mengambil alih, mereka mempunyai undang-undang mereka sendiri.

Penjara Cebu

Penjara Cebu di Filipina menjadi terkenal di internet kerana banduannya telah mempersembahkan tarian yang diilhamkan oleh tarian Thriller oleh Michael Jackson. Penjara tersebut sememangnya menggunakan tarian sebagai salah satu kaedah pemulihan.

Penjara Squirrel Cage

Penjara Squirrel Cage di Iowa sudah ditutup pada tahun 1969, tetapi semasa ia masih beroperasi, ia merupakan satu penjara yang pelik. Setiap sel adalah seperti sangkar yang berputar dan banduan ditempatkan ditengah-tengahnya dan dapat melihat semua orang.

Penjara Maricopa County

Penjara Maricopa County yang terletak di Arizona merupakan satu tempat yang menyeksakan. Ia menempatkan pesalah lelaki dan perempuan di dalam satu tempat di mana ia dibina seperti sebuah khemah yang terletak di tempat yang terbuka. Oleh itu, kepanasannya boleh mencecah 110 degree.

Penjara Forteza Medicea

Penjara Forteza Medicea di Itali terkenal kerana makanan lazat yang dihidangkan kepada banduan. Mereka tidak makan di penjara sebaliknya makanan dihantar ke sel masing-masing tepat pada masanya.

Penjara Aranjuez

Penjara Aranjuez yang terletak di Sepanyol mempunyai keunikannya sendiri. Banduan dibenarkan tinggal bersama keluarga mereka termasuk anak kecil. Anak tersebut boleh tinggal bersama ibu bapa mereka sehingga usia 3 tahun.

Penjara San Pedro

Penjara San Pedro merupakan satu tempat tumpuan pelancong. Banduan yang kaya boleh mendapatkan sel yang mewah yang lengkap dengan bilik air sendiri, dapur dan juga tab air panas.

Penjara Justizzentrum Leoben

Penjara Justizzentrum Leoben yang terletak di Austria merupakan satu penjara yang mewah. Bangunannya juga turut menempatkan mahkamah dan banduannya menghabiskan masa seperti bercuti di tempat percutian yang mewah. Sel penjara amat selesa seperti sebuah bilik hotel dan banduan dilayan sama seperti tetamu.

 

Anda mungkin juga berminat Lagi daripada pengarang

Comments

Loading...