10 Modifikasi Basikal Yang Inovatif

Dunia mengalami pencemaran alam yang teruk sekarang dan adalah menjadi tanggungjawab sosial kita untuk mengurangkan penggunaan kenderaan yang menggunakan bahan api. Kita memerlukan kenderaan yang lebih mesra alam sekitar dan dalam masa yang sama membolehkan kita bergerak ke sana sini dengan mudah. Kereta elektrik merupakan satu pilihan yang baik tetapi ianya sangat mahal dan bukan semua orang mampu memilikinya. Satu alternatif yang menarik ialah membeli basikal dan mengubahsuainya menjadikannya lebih menarik dan bertambah fungsi asal. Di sini kami senaraikan 10 modifikasi basikal yang amat inovatif.

Basikal untuk berkhemah

Basikal yang unik ini direka oleh Kevin Cyr.

Basikal Kargo

Biasanya basikal hanya mempunyai bakul di hadapan dan pelantar di belakang untuk membawa barang dan sudah tentu ia amat terhad. Dengan modifikasi ini, anda boleh membawa barang yang biasanya hanya boleh dibawa dengan kereta.

Basikal kasut

Ada yang suka berjogging dan ada yang suka mengayuh basikal untuk bersenam. Bagi yang suka kedua-duanya, anda boleh mencuba basikal ini. Ia memberikan anda pengalaman untuk kedua-dua aktiviti tersebut. Basikal ini telah dilihat di pesta basikal Tour de Fat di San Fransisco pada tahun 2008.

Basikal treadmill

Satu lagi basikal untuk mereka yang sukakan aktiviti berbasikal dan berjogging.

Basikal berpasangan

Basikal beroda satu amat sukar untuk digunakan dan hanya beberapa orang sahaja yang boleh menunggangnya. Basikal ini lebih mencabar kerana ia memerlukan dua penunggang dan hanya mempunyai satu roda. Persefahaman dan kerjasama amat penting untuk menunggang basikal ini.

Basikal kereta kebal

Bagi yang sukakan kereta kebal dan pengalaman baru berbasikal, anda harus mencuba basikal ini. Tayarnya yang diperbuat dari besi seperti kereta kebal pasti memberikan cabaran untuk menunggangnya.

Basikal dinosaur

Anda pasti akan nampak hebat bila menunggang basikal ini.

Basikal tayar besar

Bagi peminat motosikal besar, anda pasti meminati basikal yang bertayar besar ini.

Basikal troli

Basikal ini amat sesuai digunakan untuk membeli belah.

Basikal bot

Basikal ini boleh dikayuh di dalam air dan boleh menggantikan bot berenjin.

Comments

Loading...