10 Teknik Pasaraya Gunakan Untuk Membuatkan Anda Berbelanja Lebih

Membeli-belah merupakan satu perkara yang kita lakukan tanpa memerlukan perancangan yang rapi. Kita hanya perlu senarai barang-barang untuk dibeli, tolak troli, pilih barang-barang yang perlu dibeli dan seterusnya bayar. Tetapi tahukah anda yang pasaraya mempunyai teknik-teknik tertentu yang membuatkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya tanpa kita sedar. Di sini kami senaraikan 10 teknik-teknik yang paling biasa digunakan dan selepas ini apabila anda memasuki pasaraya, pasti anda akan perasan dengan teknik yang digunakan ini.

Muzik

Menurut kajian, muzik membuatkan seseorang itu meluangkan lebih banyak masa di dalam pasaraya dan membelanjakan lebih banyak wang. Muzik yang kuat akan membuatkan pelanggan keluar dari pasaraya dengan cepat tanpa membeli apa-apa sebaliknya muzik klasik akan membuatkan pelanggan membeli barangan yang lebih mahal.

Warna

Warna-warna hangat akan menarik seseorang untuk memasuki sesebuah kedai sementara warna-warna sejuk pula akan membuatkan seseorang membelek sesuatu barangan dan seterusnya meningkatkan jualan.

Pekeliling

Anda pasti pernah melihat iklan-iklan seperti ini di dalam majalah, akhbar ataupun melalui risalah yang dihantar terus ke rumah anda. Dari pekeliling tersebut, ia memaklumkan yang sesebuah pasaraya sedang melakukan jualan dan bila anda membawa keratan pekeliling tersebut, anda akan mendapat harga diskaun. Tetapi sebenarnya, harga yang ditawarkan bukanlah harga diskaun, sebaliknya ia merupakan satu cara untuk membuatkan anda membeli barang yang anda tidak perlu hanya semata-mata untuk mendapat diskaun.

Barangan tenusu

Pasaraya biasanya meletakkan barangan tenusu dan barangan kegunaan harian lain di bahagian belakang pasaraya. Ini adalah supaya kita perlu melalui keseluruhan pasaraya untuk mendapatkan barang-barang tersebut.

Simbol matawang

Kebanyakan pasaraya meletakkan harga tanpa simbol matawang dan hanya menggunakan nombor. Ini adalah kerana secara psikologinya simbol matawang membuatkan pelanggan fikirkan tentang perbelanjaan sebaliknya jika hanya nombor, pelanggan akan fikirkan tentang penjimatan.

Barangan berkilat

Adalah tidak mengejutkan apabila manusia tertarik pada barang-barang yang berkilat. Sama ada berlian yang berkilat atau kereta baru yang berkilat, manusia mengaitkannya dengan sesuatu yang baru dan mahal. Inilah sebabnya kenapa pasaraya selalu menyembur air pada sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kerap. Walaupun cara ini hanya akan membuatkan barangan tersebut buruk dengan cepat, tetapi ia membuatkannya kelihatan lebih menarik dan meningkatkan jualan.

Barisan panjang

Jarang kita melihat semua kaunter pembayaran di pasaraya yang buka semuanya walaupun pada waktu puncak. Ini menyebabkan pelanggan terpaksa beratur panjang sebelum melakukan pembayaran dan akan melakukan lebih banyak belian kerana tidak mahu datang dengan kerap.

Jenama barang

Apabila pelanggan menjumpai jenama barangan yang mereka suka, biasanya mereka akan terus menggunakan jenama tersebut walaupun terdapat barang dari jenama lain yang mempunyai kualiti yang sama atau lebih baik tetapi dengan harga yang lebih murah. Tetapi pasaraya biasanya lebih suka memaparkan barang-barang yang berjenama ini kerana ia memberikan mereka keuntungan yang lebih.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah dipotong

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah dipotong nampak amat menarik kerana ia dapat menjimatkan masa dan dibungkus dengan cantik. Walaubagaimanapun, barangan ini ternyata lebih mahal daripada yang belum dipotong.

Kaunter untuk mencuba

Kaunter untuk mencuba ini akan membuatkan pelanggan meluangkan lebih banyak masa dan mendedahkan mereka kepada barang-barang baru yang pada asalnya tiada dalam senarai belian mereka.

 

Comments

Loading...